Thursday, October 1, 2009

AKTIVITI BAKIT 2007 - 2009 Siri II

AKTIVITI 18 :

AKTIVITI :    EKSPEDISI KE PULAU KETAM, SELANGOR SEMPENA MAULIDUR-RASUL 1429H/2008
TARIKH    :    30-MAC-2008 (AHAD)
LOKASI    :    PULAU KETAM, SELANGOR




Badan Kebajikan Islam TM (BAKIT) Kuala Lumpur dengan kerjasama Surau Al-Hidayah, TM Annexe 1, Surau Al-Amin, TM Annexe 2 dan Surau An-Nur, TM Bkt Mahkamah telah menganjurkan ekspedisi ke Pulau Ketam sempena sambutan Maulidur-Rasul SAW bagi tahun 1429H/2008M. Seramai 51 peserta telah menyertai ekspedisi tersebut dengan menaiki komuter dan kereta sendiri. Di antara peserta adalah terdiri dari Setiausaha dan Bendahari BAKIT PUSAT. Para peserta telah diberikan penerangan ringkas oleh Ustaz Amin Lau selaku Pengerusi Balai Islam P. Ketam merangkap Pendakwah, juga dari Persatuan Islam Cina ( MACMA ). Majlis diserikan dengan bacaan doa, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan selawat. BAKIT KL telah menyumbangkan 2 buah basikal bagi kegunaan dakwah di Pulau tersebut yang disampaikan oleh YDP BAKIT KL. 




 






AKTIVITI 19 :


AKTIVITI :    SAMBUTAN MAULIDUR-RASUL 1429H/2008 PERINGKAT NEGERI
TARIKH    :    05-APRIL-2008 (SABTU)
LOKASI    :    MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN

Majlis sambutan peringkat negeri Wilayah Persekutuan telah diadakan di  Dewan Serbaguna, Masjid W.Persektuan, Jalan Duta KL.
Majlis telah dirasmikan oleh Datuk Zaid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, ceramah oleh Ybh Dr Zulkifli Mohd Al-Bakri, persembahan nasyid dan anugerah tokoh Maulidur-Rasul SAW bagi tahun 1429H/2008M. Di antara tetamu kehormat ialah Datuk Dr Masitah Ibrahim selaku Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Ustaz Zulkifli Hasim selaku wakil dari BAKIT PUSAT dan seramai 3 orang AJK BAKIT KL dan En. Mohd Razmi Jusoh selaku J/Kuasa Surau Al-Hidayah TM Annexe 1telah menyertai majlis tersebut.



 

 

 


 AKTIVITI 20 :


AKTIVITI  :     BENGKEL BAKIT PUSAT 1/08
TARIKH    :    06 HINGGA 08 APRIL-2008 (AHAD - SELASA)
LOKASI    :    TM RESORT SRI INTAN, PORT DICKSON

BAKIT PUSAT telah mengadakan bengkel bagi merangka aktiviti-aktiviti untuk menyelaraskan program BAKIT negeri.
Bengkel telah dirasmikan oleh YDP BAKIT Pusat Dato Bazlan Osman dan acara penutup telah disempurnakan oleh Hj Baharuddin Abdullah selaku TYDP BAKIT PUSAT.
Di antara wakil BAKIT Negeri yang hadir termasuklah BAKIT HELWA, BAKIT KL, Selangor. , Johor, N. Sembilan, Melaka, Perak, Pahang, Terengganu dan Kedah-Perlis.
Pelbagai acara telah diadakan seperti solat tahajjud yang dipimpin oleh Ustaz Zulkifli Hasim, tazkirah subuh oleh Ustaz Mohd Aisha Jaafar dan Syed Ibrahim Syed Noh, selawat dan sukaneka.
Mesyuarat perwakilan BAKIT PUSAT telah diadakan sebelum bengel dijalankan.
Dalam bengkel tersebut, beberapa cadangan dan pindaan mengenai hala-tuju BAKIT bagi kebajikan ahli-ahli dan perlembagaan telah dibuat. Lajnah-lajnah yang mengambil bahagian adalah Lajnah Dakwah dan Tarbiyah, HELWA, Ekonomi, Kebajikan, Tilawah dan Hafazan Kebangsaan dan Business Plan dan Kewangan. Adalah diharapkan agar bengkel tersebut dapat diadaptasikan oleh BAKIT seluruh Negara.




 





AKTIVITI  : 21


AKTIVITI :    MESYUARAT AGUNG BERKAT KE 34
TARIKH    :    12 APRIL 2008 ( SABTU )
LOKASI    :    TM BKT MAHKAMAH, JLN RAJA CHULAN, KL

Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Bagi Pekerja Muslim Telekom KL ( BERKAT ) yang ke 34 telah diadakan di Tkt. 3, Bilik Mesyuarat Utama Rajawali. 
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YDP BAKIT KL  Tuan Hj Abu Hassan Abd. Rashid. Di dalam ucapan aluan, beliau berharap agar diadakan aktiviti bersama di antara BERKAT dan BAKIT KL bagi mengwujudkan lagi ukhuwah di kalangan ahli-ahli. Di antara aturcara yang diadakan adalah bacaan doa dan selawat yang dipimpin oleh En. Zulkafli Othman selaku Pen. Setiausaha BAKIT KL. Mesyuarat perwakilan telah bersetuju mengekalkan Jawatankuasa yang lama bagi menerajui BERKAT termasuklah En. Zulkafli Othman selaku Naib Yang DiPertua.



 

 

 


 AKTIVITI  : 22


AKTIVITI :    SUMBANGAN PEMBINAAN TANGKI AIR RUMAH ANAK YATIM AR-RAUDHAH, ACHEH
TARIKH    :    24 APRIL 2008 ( JUMAAT )

BAKIT KL telah menyumbangkan sebanyak RM 1,000.00 bagi membiayai kos pembinaan tangki air rumah anak yatim Ar-Raudhah, Acheh.
Sumbangan telah dibuat melalui akaun BAKIT HELWA. Semoga saham akhirat yang merupakan jariah dari ahli-ahli BAKIT akan terus dimenafaatkan oleh penghuni di rumah anak yatim tersebut.


AKTIVITI  : 23


AKTIVITI :    LAWATAN KE RUMAH EN. MAHMAD MOHD. NOR
TARIKH    :    26 APRIL 2008 ( SABTU )
LOKASI    :    PINGGIRAN BATU CAVES, SELANGOR

Satu lawatan kebajikan ke rumah En. Mahmad Mohd. Nor telah diadakan. Beliau telah menjalani  pembedahan “ Total Hip Replacement “ dan merupakan pembedahan kali ke-2  dengan dimasukkan tulang peha tiruan pada peha kanan beliau di HKL pada 15 April yang lalu setelah menjalani pembedahan pertama kali pada tahun 2007.
Seramai 7 orang Jawatankuasa yang menyertai lawatan tersebut yang terdiri dari Hj. Abu Hassan Abd. Rashid, En. Hassan Unir, Majer (B) Azmi Mohd., En. Zulkafli Othman, Ustaz Hj. Abd. Ghani Dalip, Pn. Sida Kamis dan Pn. Darulhana Hashim.  Sumbangan dari BAKIT KL berupa wang tunai RM 200.00 telah diserahkan sempena lawatan tersebut.





 



AKTIVITI  : 24


AKTIVITI :    MAJLIS MAKAN MALAM AL-MAWADDAH
TARIKH    :    27 APRIL 2008 ( AHAD )
LOKASI    :    RESTORAN NELAYAN, TAMAN TASIK TITIWANGSA,KL

Surau Platinum Al-Mawaddah, Seksyen 7, Shah Alam telah mengadakan Majlis Makan Malam bagi mengumpul dana bagi pembinaan bagunan tambahan surau tersebut.  Wakil dari BAKIT KL iaitu Hj. Abu Hassan Abd. Rashid dan En. Zulkafli Othman dan 20 anak-anak yatim TM dan bekas TM termasuk ibu-ibu mereka hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.  Di antara acara majlis adalah ucapan dari Imam Besar Masjid Negeri Shah Alam dan persembahan nasyid dari kumpulan Far East.



 


 AKTIVITI  : 25


AKTIVITI :    PENYAMPAIAN ZAKAT TM TAHUN 2007
TARIKH    :    30 MAC 2008 ( AHAD )
LOKASI    :    BANDAR BARU SENTUL

Penyampaian sumbangan oleh Hj. Abu Hassan Abd. Rashid. Turut menyampaikan sumbangan adalah Hj. Ismail Yahya, Hj. Husin Mat Ariff, Pn. Sida Kamis dan En. Zulkafli Othman.
Semoga sumbangan ini dapat menambahkan pendapatan keluarga yang berkenaan.



 


 AKTIVITI  : 26


AKTIVITI :    LAWATAN KG. ORANG ASLI, GUA MUSANG
TARIKH    :    3 – 4 MEI 2008 ( SABTU & AHAD )
LOKASI    :    GUA MUSANG, KELANTAN

Masjid Saidina Abu Bakar As-Sidiq Bangsar, KL telah menjemput wakil BAKIT iaitu Hj. Abu Hassan Abd. Rashid dan En. Zulkafli Othman menyertai program lawatan ke perkampungan orang asli di Kg. Tuel di jajahan  Hulu Kelantan, Gua Musang, Kelantan.

Ekspedisi 2 buah bas pelancungan ini disertai seramai 61 peserta bermula dari Masjid SABA Bangsar pada 3 Mei 2008 ( Sabtu ). Pada jam 8.00 pagi rombongan singgah di R&R Tapah bagi menikmati sarapan pagi  sebelum meneruskan perjalanan. Singgah di Cameron Highlands bagi menunaikan solat jamak Zohor dan Asar berjemaah. Selesai solat, rombongan berangkat ke destinasi iaitu ke Kg. Tuel. Rombongan tiba lebihkurang jam 6.00 ptg. Pada sesi bebas, peserta sempat mandi di sungai, bermain s/takraw dan menziarah ke rumah Tok Batin dan penduduk kampung.

Bagi acara sebelah malamnya, selepas maghrib, diadakan tazkirah ringkas. Lepas solat Isya’ makan malam. Diadakan juga acara nasyid oleh para remaja penduduk kampung dan persembahan nasyid dari tetamu.  Di samping itu para hadirin dipertunjukkan slide sempena lawatan Orang Asli ke KL tahun 2007. Acara ramah mesra bersama penduduk kampung juga diadakan bagi mengetahui serba sedikit permasaalahan penduduk.

Pada 4 Mei 2008 selepas solat subuh dan sarapan, acara penyerahan sebuah motosikal bagi kegunaan aktiviti dakwah dibuat oleh Pengerusi Masjid SABA. Acara sukaneka juga telah diadakan disamping program rawatan kesihatan dari ISMA ( Ikatan Muslimin Malaysia ) bagi penduduk kampung. Setelah makan tengahari, rombongan bertolak dari Kg. Tuel ke Cameron Highlands bagi membeli belah di Brincang dan solat jamak Zohor dan Asar di Tanah Rata. Rombongan sampai di Masjid SABA pukul 11.00 malam.








AKTIVITI  : 27


AKTIVITI :    BANTUAN SUMBANGAN KEMATIAN
TARIKH    :    09 MEI 2008 ( JUMAAT )
LOKASI    :    TM ANNEXE 1

Dengan rasa sedih  dan terharunya dimaklumkan bahawa seorang anggota TM dari Bahagian Kabel, Network Operation PJ (KLJ/TDI). EN. MOHD NADZRI BIN HUSSIN, KP: 550412-04-5181, 53 tahun telah meninggal dunia pada 3 Mei 2008 @ 6.00 petang (Sabtu) akibat kemalangan jalanraya ketika pulang dari kerja.  Beliau meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.

Jenazah arwah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Subang Perdana, Kg. Melayu Subang.

Satu majlis ringkas sumbangan bantuan telah dibuat kepada waris Allahyarham oleh YDP bersama En. Zulkafli Othman di perkarangan TM Annexe 1.

Semoga rohnya bersemadi aman didalam barzakh, sehingga hari dibangkitkan nanti.











AKTIVITI  : 28


AKTIVITI :    RAYUAN SUMBANGAN DERMA UNTUK RAKYAT PALESTIN
TARIKH    :    26 - 30 MEI 2008 ( ISNIN - JUMAAT )
LOKASI    :    MENARA TM, TM ANNEXE 1& 2

Badan Kebajikan Islam TM (BAKIT) Kuala Lumpur, Helwa BAKIT Pusat, Surau Menara TM, Surau Al-Hidayah TM Annexe 1 dan Surau Al-Amin TM Annexe 2 dengan kerjasama Islamic Relief Malaysia telah menganjurkan kutipan derma untuk rakyat Palestin khususnya di GAZA bagi membantu meringankan beban dan penderitaan yang dideritai.





AKTIVITI  : 29


AKTIVITI :    SUMBANGAN PAKAIAN SEKOLAH TERPAKAI
TARIKH    :    26 MEI - 6 JUN 2008 ( ISNIN - JUMAAT )
LOKASI    :    LOBI TM ANNEXE 1 & 2

Badan Kebajikan Islam TM (BAKIT) KL dengan kerjasama BAKIT HELWA melancarkan sumbangan pakaian sekolah terpakai bagi membantu anak-anak masyarakat orang asli di Ulu Tembeling, Pahang Darul Makmur. 

Sumbangan telah diterima dari pelbagai premis TM seperti dari Kelana Jaya, Bukit Mahkamah, Menara TM, TM ANnexe 1 & 2. Penyerahan sumbangan pakaian tersebut telah disempurnakan oleh Hj. Abu Hassan Abd. Rashid pada 11 Jun 2008 kepada wakil ASDAF di TM Annexe 2.






 


AKTIVITI  : 30


AKTIVITI :    PROGRAM ” BINA INSAN ” REHLAH DAN IBADAH DI TAMAN NEGARA, PAHANG
TARIKH    :    07 JUN - 09 JUN 2008 ( SABTU - ISNIN )
LOKASI    :    KUALA TAHAN, PAHANG DARUL MAKMUR



Badan Kebajikan Islam TM (BAKIT) KL dengan kerjasama BAKIT PUSAT, BAKIT PAHANG dan BAKIT SELANGOR telah mengadakan program tersebut bertempat di Rain Forest Motel, Kuala Tahan, Pahang. Seramai 50 peserta telah bersama-sama menyertai acara-acara yang disediakan oleh BAKIT KL.



Di antara acara-acara adalah rapid shooting iaitu mengharungi sungai dengan menaiki bot, jungle rekking, menaiki jambatan gantung, mendaki Bukit Teresek sambil menikmati pemandangan Gunung Tahan, mandi sungai dan meneroka Gua Telinga. Di sebelah malamnya diadakan acara kuliah maghrib dan subuh yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Farik Jamaluddin, Penyelaras Masjid dan Surau Daerah Jerantut. Juga sumbangan kepada AJK Masjid Kuala Tahan, sumbangan kepada fakir miskin dan ibu tunggal serta jamuan makan bersama penduduk kampung. Acara team-building juga diadakan bagi mengeratkan lagi kerjasama dan ukhuwah di kalangan para peserta.



Di akhir program diadakan taklimat aktiviti-aktiviti dari BAKIT-BAKIT Negeri. Melalui borang kaji selidik yang diedarkan, kesemua peserta amat berpuas hati dengan pengendalian program dan diharap BAKIT KL dapat mengadakan program seumpama ini di masa akan datang.





AKTIVITI  : 31



AKTIVITI :    PENYAMPAIAN SUMBANGAN ZAKAT DAN AQIQAH
TARIKH  :    13 JUN 2008 ( JUMAAT )
LOKASI    :    KG TOK PASAI, KUALA KEDAH, KEDAH

BAKIT PUSAT dengan kerjasama BAKIT Negeri Kedah telah mengadakan program kemasyarakatan bersama keluarga miskin dan anak-anak yatim.
Acara aqiqah sebanyak 2 ekor lembu hasil sumbangan dari warga TM telah diadakan. Tetamu kehormat adalah Isteri YAB Menteri Besar Kedah.
Di antara aturcara program adalah masak dan makan bersama penduduk kampung, penyampaian sumbangan kepada 50 orang anak-anak yatim dan lawatan ke rumah keluarga miskin sambil menyampaikan sumbangan.

Wakil dari BAKIT KL terdiri dari Hj Abu Hassan Abd Rashid dan En. Syuhaili A. Hamid.



 
 
 





AKTIVITI  : 32


AKTIVITI :    MAJLIS TILAWAH & TAHFIZ AL-QURAN DAN BERCERITA 1429H/2008M
TARIKH    :    05 JULAI 2008 ( SABTU )
LOKASI    :    PERKARANGAN SURAU MENARA TM

BAKIT KL dengan kerjasama BAKIT SELANGOR telah mengadakan majlis Tilawah & Tahfiz Al-Quran peringkat Negeri KL dan Selangor pada 5 Julai 2008 ( Sabtu ).

Acara perasmian telah dibuat oleh Hj. Baharudin Abdullah selaku Timbalan YDP BAKIT PUSAT sementara acara penutup majlis telah disempurnakan oleh Hj. Mat Nordi Awang iaitu Naib YDP BAKIT PUSAT. Seramai 35 peserta mengambil bahagian.

Bagi memeriahkan majlis, acara cabutan bertuah dan soalan kuiz telah diadakan. Hadiah berupa hamper dan penginapan resort TM telah dimenangi oleh tetamu yang bertuah. Penyampaian cenderahati kepada para peserta dan hakim telah dilakukan oleh Hj. Mat Nordi Awang.



 

 

 


 AKTIVITI  : 33


AKTIVITI  :    MAJLIS ISRAK & MIKRAJ 1429H/2008M
TARIKH    :    30 JULAI 2008 ( RABU )
LOKASI    :    SURAU AL-HIDAYAH, TM ANNEXE 1

BAKIT KL dengan kerjasama J/Kuasa Surau Al-Hidayah, Tkt. 9, TM Annexe 1 telah mengadakan majlis tersebut.
Penceramah jemputan adalah Ustaz Dr. Badrul Amin.


AKTIVITI  : 34

       
AKTIVITI :    SUMBANGAN TANGKI AIR DI ACHEH, INDONESIA
TARIKH    :    30 JULAI 2008 ( RABU )
LOKASI    :    SURAU AL-HIDAYAH, TM ANNEXE 1

BAKIT PUSAT dengan kerjasama BAKIT HELWA dan BAKIT KL telah menyumbang dalam pembinaan se buah tangki air di Pondok Anak Yatim Ar Raudhah , Lhokseumawie, Acheh Indonesia. BAKIT KL telah menyumbang sebanyak RM 2,000.00.

Program ini adalah hasil lawatan BAKIT HELWA pada bulan Februari 2008.


 

AKTIVITI  : 35
       

AKTIVITI :    BENGKEL BAKIT KL 2008
TARIKH    :    2 – 3 OGOS 2008 ( SABTU – AHAD )
LOKASI    :    ANJUNG RAHMAT, BATU 6, JALAN GOMBAK, KL

Bengkel yang telah diadakan oleh BAKIT KL telah dihadiri seramai 22 peserta yang terdiri dari AJK BAKIT KL, BAKIT HELWA, BAKIT SELANGOR dan ahli-ahli BAKIT.

Tujuan diadakan bengkel ini adalah untuk mendapatkan garis panduan mengenai peruntukan yang akan diberikan kepada ahli-ahli dan penerima sumbangan dalam dan luar Negara. Di antara lajnah-lajnah yang dikenalpasti adalah Lajnah Kebajikan, Ekonomi, HELWA dan Surau.

Di antara aturcara adalah solat berjemaah, tazkirah maghrib dan subuh, Acara bacaan Marhaban yang dipimpin oleh Ustaz Adnan Ismail dan kumpulannya telah juga diadakan. Bunga telur telah diedarkan semasa acara tersebut. Ustaz Adnan juga telah mengetuai solat qiamulail dan solat tasbih.





 



AKTIVITI  : 36

       
AKTIVITI :     MAJLIS TILAWAH DAN MENGHAFAZ AL-QURAN KE 32 PERINGKAT TM TAHUN 1429H / 2008M
TARIKH    :    16 - 17 OGOS 2008  ( SABTU DAN AHAD )
LOKASI    :    MULTI PURPOSE HALL, MENARA TM

BAKIT PUSAT telah menjadi tuan rumah penganjuran majlis tersebut pada tahun 2008. Majlis perasmian telah dilakukan oleh YBhg Dato’ Zamzamzairani Mohd Isa, Ketua Pegawai Eksekutif TM, sementara majlis penutup telah disempurnakan oleh Ybhg Tan Sri Dato’ Ir Md Radzi Mansor, Pengerusi TM.
Para peserta telah menginap di Hotel Maytower di Jalan Munshi Abdullah.

Berikut adalah para pemenang bagi setiap acara :




AKTIVITI  : 37


AKTIVITI :    MAJLIS PERPISAHAN USTAZ HJ. ABD GHANI DALIP
TARIKH    :    19 OGOS 2008  ( SELASA )
LOKASI    :    SURAU AL-AMIN, TKT. 19, TM ANNEXE 2

Satu majlis perpisahan sempena persaraan Ustaz Hj Abd Ghani Dalip telah diadakan dengan kerjasama AJK Surau Al-Amin.
Seramai lebih 30 jemaah telah hadir bagi memeraihkan majlis tersebut yang terdiri dari AJK Surau Al-Amin, BAKIT KL dan jemaah surau.
Bacaan doa telah diketuai oleh En. Zulkafli Othman. Cenderahati telah disempurnakan oleh Mejar (B) Azmi Mohd bagi pihak Surau Al-Amin dan dari peserta pengajian tajwid dan Hj. Abu Hassan Abd. Rashid bagi pihak BAKIT KL dan Surau Al-Hidayah, TM Annexe 1.  Selepas solat Zuhur, jamuan secara packing yang berupa air mineral, pulut kuning dan rendang daging telah diedarkan kepada para hadirin.




 

 

 


 AKTIVITI  : 38

AKTIVITI :    PELANCARAN DERMA UNTUK PROGRAM ” FEED THE FASTING ”
TARIKH    :    26 - 27 OGOS 2008  ( SELASA DAN RABU )
LOKASI    :    MENARA TM

BAKIT KL Lajnah Kebajikan dengan kerjasama Islamic Relief Malaysia (IRM) telah mengadakan kutipan derma ikhlas untuk program “Feed the Fasting” . Program ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi memberi bantuan kepada seluruh umat Islam samada di dalam mahupun di luar negara yang memerlukan bantuan makanan sepanjang bulan Ramadhan yang mulia. Lebih 10,000 pek makanan yang bernilai RM50.00 setiap satu telah diagihkan kepada fakir miskin, anak-anak yatim dan ibu tunggal. Ini merupakan kali kedua IRM melancarkan program ini. Kali pertama ialah pada tahun 2007 di mana 5,000 pek makanan telah diagihkan ke seluruh negara. Alhamdullillah semsa kempen di Menara TM sebanyak RM5,241.00 berjaya dikumpulkan.


AKTIVITI  : 39

AKTIVITI :    PROGRAM SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1429H/2008M
TARIKH :    01 - 30 SEPTEMBER 2008 
LOKASI :    MENARA TM
Sempena menyambut dan meraikan Bulan Ramadhan, pelbagai aktiviti BAKIT diadakan bersama BAKIT Helwa sepanjang bulan Ramadhan, di antaranya :

1. Bazaar Amal Anjuran BAKIT

Tarikh        : 2 Sept - 26 Sept 2008
Hari           : Sepanjang Bulan Ramadhan
Masa         : 9.00 pagi - 4.30 ptg
Tempat      : LG1, Menara TM, Jalan Pantai Baru, KL

 2. Kempen ahli BAKIT

Tarikh        : 2 Sept - 26 Sept 2008
Hari           : Sepanjang Bulan Ramadhan
Masa         : 12 tengah hari - 2.00 ptg
Tempat      : Kaunter BAKIT, LG1, Menara TM, Jalan Pantai Baru, KL
Merupakan kempen menambah ahli BAKIT bagi anggota Islam yang bertugas di Menara TM / Cygal dan kawasan berhampiran. Sempena kempen ini, ahli lama dan baru yang melawat kaunter BAKIT telah diberikan cenderahati Ramadhan (selagi stok masih ada).

 3. Tadarus Al-Quran (Muslimah)

Tarikh mula : 2hb September (2 Ramadhan1429H)  - Selasa
Hari           : Setiap hari
Masa         : 1.00 - 1.15 ptg
Tempat      : Surau Tingkat 19, TM Annexe 2, Jalan Pantai Jaya, KL

Tarikh mula : 3hb September (3 Ramadhan1429H)  - Rabu
Hari           : Setiap hari
Masa         : 1.00 - 1.30 ptg
Tempat      : Bilik Pn Nor Hairiah. Tingkat 14 Utara, Menara TM, Jalan Pantai Baru, KL


4. Ceramah Tafsir (Muslimah)

Tarikh        : 8hb September (8 Ramadhan1429H)
Hari           : Isnin
Masa         : 1.00 - 1.30 ptg
Tempat      : Bilik Latihan 1. Tingkat 50 , Menara TM, Jalan Pantai Baru, KL
Penceramah: Ustazah Hjh Maznah Daud
Surah        : Sambungan Surah An-Nas (Manusia)


5. Solat Tasbih Anjuran Surau (Muslimah)

Tarikh        : 12hb September (12 Ramadhan1429H)
Hari           : Jumaat
Masa         : 12.30 - 2.00 tengah hari
Tempat      : Dewan Seminar. Tingkat 50 , Menara TM, Jalan Pantai Baru, KL
Pimpinan     : Ustazah Hjh Mariam Abd Rashid


6. Ceramah Hadith (Muslimah)

Tarikh        : 19hb September (19 Ramadhan1429H)
Hari           : Jumaat
Masa         : 1.00 - 1.30 tengah hari
Tempat      : Bilik Latihan 1. Tingkat 50 , Menara TM, Jalan Pantai Baru, KL
Penceramah: Ustazah Zawiyah Hassan (JAKIM)

BAKIT juga dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Menara TM menganjurkan tajaan berbuka puasa dan Solat Terawikh berjemaah di sepanjang hari bekerja di Surau Menara TM, Kuala Lumpur Majlis Berbuka Puasa peringkat Ibu Pejabat TM, BAKIT Pusat telah diadakan pada hari Jumaat, 12 September 2008 bersamaan 12 Ramadan 1429H di Dewan Serbaguna & Surau Menara TM, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur. Di majlis ini juga BAKIT telah meraikan dan memberi sumbangan kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal Kumpulan TM dan anak-anak yatim dari luar, fakir miskin dan golongan yang memerlukan bantuan.


AKTIVITI  : 40


AKTIVITI :    PENGEDARAN BUBUR LAMBUK KG BARU SECARA PERCUMA
TARIKH    :    04 SEPTEMBER 2008  ( KHAMIS )
LOKASI    :    LOBI TM ANNEXE 1

BAKIT KL Lajnah Kebajikan dengan kerjasama J/Kuasa Surau Al-Hidayah TM Annexe 1 telah mengedarkan bubur lambuk Kg Baru secara percuma kepada warga TM Annexe 1 & 2. Sebanyak 1,000 paket bungkusan telah disediakan bagi tujuan berbuka puasa kepada muslimin dan muslimat.


AKTIVITI  : 41


AKTIVITI  :    MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SUMBANGAN KEPADA ANAK YATIM
TARIKH    :    18 SEPTEMBER 2008  ( KHAMIS )
LOKASI    :    DEWAN RUMPUN JATI, MMC

Satu majlis Berbuka Puasa serta Penyampaian Sumbangan kepada 139 anak-anak yatim di Kolej Multimedia (MMC) 2008 telah diadakan di Dewan Rumpun Jati, MMC Kuala Lumpur. Majlis sempena penyampaian sumbangan yang dianjurkan oleh pihak MMC dengan kerjasama BAKIT KL, PET dan Kelab TM Cawangan Kuala Lumpur merupakan acara tahunan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara warga MMC, badan-badan kesatuan dan masyarakat di samping perbanyakkan amalan-amalan baik dengan menyumbang baik wang ringgit, masa dan tenaga di bulan Al-Mubarak ini.

BAKIT KL juga telah menempah 2 malam bagi jamuan berbuka puasa dan morey di surau TM serta memberi sumbangan menaja jamuan berbuka puasa 10 terakhir Ramadhan kepada umat Islam miskin di seluruh negara Kemboja.




 AKTIVITI  : 42


AKTIVITI :    BANTUAN EHSAN KEWANGAN EIDUL FITRI KEPADA ANGGOTA TM
TARIKH    :    29 SEPTEMBER 2008  ( ISNIN )
LOKASI    :    KOTA BHARU, KELANTAN

Satu kutipan derma telah dilancarkan bagi membantu keluarga Pn. Rohayu Ariffin kerana suami beliau telah mengidap penyakit kronik.Beliau telah mengambil cuti tanpa gaji selama 6 bulan.Kutipan telah diserahkan oleh Unit Credit Management kepada Pn Rohayu.





AKTIVITI  : 43


AKTIVITI :    XPDC KE TASIK KENYIR TERENGGANU, DARULIMAN
TARIKH    :    25 – 27 OKTOBER 2008  ( SABTU - ISNIN )
LOKASI    :    TERENGGANU, DARULIMAN


Satu XPDCke Tasik Kenyir telah diadakan bagi  mengeratkan ukhuwah di kalangan ahli-ahli BAKIT di samping mengadakan program kerohanian dan menghayati alam keindahan ciptaan Allah SWT.

Para peserta seramai 38 orang menaiki bas dari Menara TM pada 24 Oktober 2008 ( Jumaat ) jam 10.30 malam dan sampai di Kuala Berang pada pagi 25 Oktober 2008 ( Sabtu ). Selesai solat berjemaah di Masjid Kuala Berang, peserta dibawa menaiki bot ke destinasi.

Pelbagai aktiviti diadakan, diantaranya pengisian program ialah - Qiamullail, Solat Tasbih, zikir munajat, Selawat Badriah,Kuiz agama, hafalan doa, halqah Al-Quran, teka-teki ,aktiviti team building serta pertandingan kayak dan berenang.  Bantuan sebanyak RM 500.00 kepada Persatuan Nelayan Tasik Kenyir telah disampaikan oleh YDP BAKIT KL.

Program ini diharap dapat memantapkan jati diri ,kerohanian dan ukhuwah islamiah serta ikram muslimin.

 








AKTIVITI  : 44


AKTIVITI :    PERMOHONAN BANTUAN / SUMBANGAN ANAK ANGGOTA MELANJUTKAN PELAJARAN DI UNIVERSITI AL-BAYT JORDAN
TARIKH    :    6-NOVEMBER 2008  ( KHAMIS )
LOKASI    :    TAMAN MELATI, KL

BAKIT KL dengan kerjasama JRC, SFC dll telah memberikan sumbangan kepada Adik Asyraf yang akan melanjutkan pelajaran di Jordan.

Semoga sumbangan tersebut akan meringankan perbelanjaan beliau dan mendapat keredaan Allah SWT.



 
      



AKTIVITI  : 45


AKTIVITI :    MAJLIS QURBAN 1429H
TARIKH    :    8-DISEMBER 2008  ( ISNIN )
LOKASI    :    1- MASJID ANAS BIN MALIK, KG. SELAYANG, KL

BAKIT PUSAT dengan kerjasama BAKIT KL telah mengadakan majlis qurban bagi tahun 1429H di 2 buah masjid di Wilayah Persekutuan iaitu di Masjid Anas Bin Malik, Kg. Selayang Lama dan Masjid Ar-Rahman, Jalan Pantai Baharu, KL.
Nama-nama peserta di Masjid Anas Bin Malik terdiri dari :

1- AYU8 BIN HJ. MOHD ZIN
2- ZULK!BEL BIN MOHD NOR
3- HASHIM BIN HANAFI
4- ZUBIR BIN SHAHIDIN
5- MOHD HASSAN BIN ABBAS
6- SALBIAH BINTI HJ. MOHD ZIN
7- MOHD SAHAN BIN ABDULLAH



 



AKTIVITI :    MAJLIS QURBAN 1429H
TARIKH    :    8-DISEMBER 2008  ( ISNIN )
LOKASI    :    2- MASJID AR-RAHMAN, JALAN PANTAI BAHARU, KL



 

Senarai perserta qurban Masjid Ar-Rahman,Jln pantai baru, Kuala Lumpur :-

1.   Pn. Rahimah bt Ibrahim
2.   Pn. Maimun bt Mohamad
3.   Pn. Kalsom bt Kadir
4.   Pn. Nik Hasnah bt Hassan
5.   En. Md Din bin Abu
6.   En. Mohd Said bin Osman
7.   Pn. Nor Aini bt Mohd Nor


AKTIVITI  : 46


AKTIVITI :    MESYUARAT AGUNG BAKIT PUSAT KE 17
TARIKH    :    19-DISEMBER 2008  ( JUMAAT )
LOKASI    :    DEWAN SEBAGUNA MENARA TM

BAKIT PUSAT telah mengadakan mesyuarat Agung ke – 17 di Dewan Serbaguna Menara TM. Majlis telah disempurnakan oleh Ybgh Dato’ Bazlan Osman selaku YDP BAKIT PUSAT. Majlis juga telah diserikan oleh bacaan Al-Quraanul-Karim oleh En. Syuhaili A Hamid ( AJK BAKIT KL juga merupakan  Johan Tilawah Peringkat Negeri KL/Selangor ).

Selain dari itu, acara penyampaian bantuan zakat ke BAKIT Negeri, sumbangan bantuan persekolahan kepada anak-anak yatim warga TM dan penyampaian sijil penghargaan kepada kontinjen Maulidur-rasul yang telah berjaya merangkul johan 5 tahun berturut-turut.






          





AKTIVITI  : 47


AKTIVITI :    PROGRAM KBM
TARIKH    :    20-21 DISEMBER 2008  ( SABTU & AHAD )
LOKASI    :    KEM AGROTECH HULU LANGAT, SELANGOR

BAKIT KL dengan kerjasama Jemaah Islam Malaysia ( JIM ) telah mengadakan program motivasi remaja iaitu Program Keindahan BersamaMu ( KBM ). Seramai 63 peserta yang terdiri anak-anak BAKIT KL juga dari Persatuan Penduduk Flat Pandan Perdana telah menyertai program 2 hari ini.



 Antara kandungan program ialah :

a. Knowing Me Knowing You ,KMKY ( ice breaking, taaruf dan kerja berkumpulan )
b. Inteam ( Akrab persahabatan)
c. Meniti Angin Malam ( Cinta Allah, Cinta Rasul, Cinta Ibubapa)
d. Hijrah ( sesi 3T – Time To Transform)
e. Menyemai Kasih Menuai Sayang ( sesi ibubapa /anak ).

Majlis penutup telah disempunakan oleh YDP BAKIT KL.





 



 AKTIVITI  : 48


AKTIVITI :    MAJLIS PERPISAHAN HJ HUSIN MAT ARIF
TARIKH    :    22 DISEMBER 2008  ( ISNIN )
LOKASI    :    TMTCC, JALAN SEMARAK, KL

Hj. Husin Mat Arif YDP II BAKIT KL telah mengadakan jamuan perpisahan beliau dan menjemput semua AJK BAKIT KL menghadiri ke majlis tersebut yang dihadiri oleh YDP, Tim. YDP, Pen. SU dan Pn. Sida Kamis. Ramai di kalangan yang hadir terdiri dari warga TMTCC, Menara TM, TM Annexe 1 & 2 dan Bukit Mahkamah.
            

 
 


AKTIVITI  : 49


AKTIVITI :    SEMINAR TARANNUM
TARIKH  :    28 DISEMBER 2008 ( AHAD )
LOKASI    :    MASJID SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDIQ, BANGSAR, KL

Seramai  21  peserta yang terdiri dari ahli BAKIT KL, anak, isteri, suami telah menyertai seminar tersebut yang bermula dari pukul 9.00 pg hingga 4.30 ptg. Para peserta telah didedahkan dengan jenis-jenis lagu dalam  menghayati dan memperindahkan bacaan Al-Quran iaitu Bayati, Rast, Jiharkah dan Nahawand.  Antara lain yg turut ditekankan adalah berkenaan hukum tajwid dan kesalahan bacaan juga pentingnya menjaga bacaan Al-Fatihah yang betul dalam sembahyang yang membawa kepada tidak sah sembahyang. Seminar adalah di bawah bimbingan Ustaz Al-Fadhil Ustaz Hj. Radzi Kamarul Hailan, Johan Qari Kebangsaan & Antarabangsa 2000/2004 dan merupakan Juri Tarannum AlQuran TV9



 Turut hadir di majlis itu adalah Al-Fadhil Ustaz Anuar Hasin Johan Al-Quran TV9 Musim 2 yg turut mempersembahkan bacaan bertaranum. Seminar ini mendapat liputan meluas dengan kehadiran pemberita dari BERNAMA TV (Astro), Pemberita dari TV9 dan RTM untuk buat liputan serta interview dengan Penceramah dan peserta.

Yuran penyertaan adalah RM 60.00 dan BAKIT KL telah menaja  16  orang peserta  di mana  peserta hanya perlu membayar RM 10.00 sahaja sebagai yuran penyertaan.


 
      


AKTIVITI  : 50


AKTIVITI :    PERHIMPUNAN SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1430H
TARIKH    :    29 DISEMBER 2008  ( ISNIN )
LOKASI    :    PUTRAJAYA

BAKIT PUSAT dgn kerjasama HR Bhg. Agama telah menyertai perhimpunan Sambutan Maal Hijrah 1430H bertempat di Putrajaya. Majlis telah dirasmikan oleh YDP Agung Sultan Kedah.





Pelbagai acara diadakan termasuk bacaan Al-Quraanul-Karim, nasyid oleh artis-artis dalam dan luar negara dan penyampaian tokoh Maal Hijrah 1430H. BAKIT KL telah menghantar 2 orang wakil iatu YDP dan Pen. SU.


 

           
AKTIVITI  : 51


AKTIVITI :    MAJLIS PERPISAHAN HJ HUSSIN MAT ARIF DAN HJ MD YUSOF SELAMAT
TARIKH    :    01 JANUARI 2009  ( kHAMIS )
LOKASI    :    RESTORAN NOORIZAN, KG BARU, KL


 
 
 


Satu majlis perpisahan telah diadakan di Restoran Kg Baru dengan dihadiri oleh beberapa orang AJK. Penyampaian cenderahati yang berupa digital Al-Quran telah disempurnakan oleh Hj Azmi A Ghani selaku Setiausaha bagi pihak YDP.


          
AKTIVITI  : 52


AKTIVITI :    MAJLIS SAMBUTAN MAAL-HIJRAH 1430H
TARIKH    :    19 JANUARI 2009  ( JUMAAT )
LOKASI    :    DEWAN SERBAGUNA, MENARA TM, KL

Bagi menyambut Maal-Hijrah 1430H, BAKIT KL telah mengadakan majlis bacaan Yaa-Sin, Tahlil, doa dan tazkirah. Majlis telah dipimpin oleh Ustaz Zulkifli Hasim dan tazkirah ringkas sempena hijrah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Zainal Badri Mustafar. Kutipan derma bagi rakyat Palestin juga telah diadakan dan kutipan sebanyak RM 13,000.00 lebih telah berjaya diperolehi dan disalurkan ke Islamic Relief Malaysia.
Para peserta telah diberikan senaskah surah Yaa-Sin dan seramai lebih 130 peserta ahli BAKIT telah menyertai majlis tersebut. 5 orang peserta bertuah telah mendapat cenderahati penghargaan.
 
 
 
 





AKTIVITI  : 53

AKTIVITI :    SUMBANGAN SURAH YAA-SIN
TARIKH    :    20 JANUARI 2009  ( SELASA )
LOKASI    :    SURAU AL-HIDAYAH, TM ANNEXE 1

Satu majlis ringkas sumbangan surah Yaa-Sin telah diadakan di Surau Al-Hidayah, TM Annexe 1. Sumbangan telah disempurnakan oleh YDP kepada En. Kawangid Sujak – 50 naskah ke Masjid Al-Awabin, Batang Berjuntai, Selangor. En. Azhar Md Desa 25 naskah ke Surau Al-Hidayah AU 3 Keramat, KL dan En. Mohd Razmi Abu Bakar 25 buah naskah Surau An-Nur Taman Pelangi ,Semenyih Selangor.

Semoga sumbangan ke masjid dan surau berkenaan dapat menambahkan lagi jariah kepada semua ahli BAKIT.

 

 


AKTIVITI  : 54


AKTIVITI :    SUMBANGAN DERMA TABUNG RAKYAT PALESTIN DI GAZA
TARIKH    :    06 FEBRUARI 2009 ( JUMAAT )
LOKASI :    TKT. 11 (S) MENARA TM

Bagi membantu rakyat Palestin di Genting Gaza yang amat menderita dengan serangan demi serangan yang dilakukan dengan kejam dan tidak berperikemanusiaan oleh Rejim Israel, BAKIT KL sebagai satu badan kebajikan Islam TM telah memberikan sumbangan derma dari ahli-ahli.

Pada satu majlis ringkas yang telah diadakan, YBhg. Datuk Bazlan Osman, Pengarah Eksekutif / Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (GCFO) TM merangkap Yang DiPertua BAKIT Pusat telah menyerahkan sumbangan warga Kumpulan TM sebanyak RM47,373.00 kepada Aman Palestin Berhad yang diwakili oleh YBhg. Dato’ Mohd Safaruddin Mohd Sidek, Penasihat Aman Palestin Berhad mantan Ahli Lembaga Pengarah Penerbangan Malaysia Berhad (PMB). Turut hadir YDP Hj Abu Hassan Abd Rashid, Bendahari En. Radzuan Mohamad, Pen. SU En. Zulkafli Othman dan AJK Hj Ismail Yahya.

Pecahan sumbangan ini adalah : RM20,000.00 daripada sumbangan warga Kumpulan TM di seluruh negara yang dijalankan oleh BAKIT Negeri-Negeri, RM7,603.00 daripada warga Universiti Multimedia Cyberjaya & Kampus Cawangan Melaka, RM6,000.00 daripada Tiaranita, RM11,270.00 daripada BAKIT Pusat & Helwa, dan RM2,500.00 daripada BAKIT Kuala Lumpur & Ibu Pejabat.


 
 
 

                      
AKTIVITI  : 55


AKTIVITI :    ADIK SITI SOLEH HJ ABU HASSAN KEMBALI KE RAHMATULLAH
TARIKH    :    10 FEBRUARI 2009 ( ISNIN )
LOKASI :    BANDAR BARU SENTUL

Anak ke-6 Hj Abu Hassan Abd Rashid ( YDP BAKIT KL ), Siti Solehah Hj Abu Hassan  telah kembali ke rahmatullah pada 10 Februari 2009 di Asrama Maahad Muhammadi Perempuan Kota Baru, Kelantan dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Batu Muda, KL pada 11 Februari 2009.

Ramai di kalangan ahli BAKIT KL yang hadir termasuk di Bukit Mahkamah, TM Annexe 1 & 2, Menara TM, Brickfields, JRC, Ibusawat Titiwangsa, Ibusawat TAR, TM Point Maluri, Selayang sehingga KK. Baharu. Di antara yang hadir termasuklah Ustaz Hj Zakuan Tak, AJK BAKIT KL ( En. Hassan Unir, Major (B) Azmi Mohd, Hj. Ismail Yahya, En. Zulkafli Othman & isteri, Hj. Nordin Zalani, Pn. Sida Kamis, Pn Darulhana Hashim dan Pn Norliza Zainal ), bekas AJK BAKIT KL iaitu Hj Husin Mat Ariff & isteri, Hj Md Yusof Selamat dan Hjh Jamaliah Othman dan SU BAKIT SELANGOR En. Amri Din & isteri juga turut hadir.

Keluarga Hj Abu Hassan Abd Rashid telah mengadakan majlis Bacaan Yaa-Sin, Tahlil dan doa pada 13 Feb-2009 ( Jumaat ) jam 9.00 mlm  di kediaman mereka iaitu di Blok 41, Tkt. 1, No. 8, Perumahan Awam Sri Perak, Bandar Baru Sentul, KL.

Semoga Allah memberikan kesabaran dan redha kepada mereka dan menempatkan Allahyarhamah bersama mereka yang soleh. Amin ... Ya Rabbal Aalamin.





No comments:

Post a Comment