Wednesday, September 30, 2009

AKTIVITI BAKIT KUALA LUMPUR 2007 - 2009




 


AKTIVITI 1 :


AKTIVITI:    LAWATAN UKHUWAH KE RUMAH HJH. ZAHARAH OSMAN
TARIKH  :    25-NOV-2007 ( AHAD )
MASA     :    5.00 PTG
LOKASI  :    BANDAR BARU SELAYANG.

BAKIT KL telah mengadakan lawatan ukhwah ke rumah Hjh Zaharah Osman ( AJK BAKIT PUSAT ) pada hari Ahad. Lawatan adalah di atas pemergian suami tersayang pada 23-Sep-2007 yang lalu. En. Zulkafli Othman telah mengetuai bacaan Surah Yaa-Sin, tahlil dan doa selamat. Turut sama menyerikan majlis adalah wakil dari BAKIT PUSAT, TIARANITA dan BAKIT HELWA.

Sumbangan wang tunai juga telah diberikan kepada anak Allahyarham sebagai tanda simpati kepada keluarga.Di harap keluarga yang ditinggalkan redha di atas pemergiannya. Semoga roh Allahyarham di tempatkan bersama dengan mereka yang beriman. Amin, Ya Raabal Alamin.


 




AKTIVITI 2 :


AKTIVITI  :    PEMBINAAN MASJID IJEDE, LAGOS, NIGERIA
TARIKH    :    13-DIS-2007 ( KHAMIS )
LOKASI    :    TKT. 7, MENARA TM
   
BAKIT KL bersama BAKIT PUSAT telah bersama menyumbang kepada pembinaan masjid tersebut pada awal bulan September 2007.

Sumbangan berupa cek RM 5,000.00 dari BAKIT PUSAT dan RM 5,000.00 dari BAKIT KL telah diserahkan kepada En. Ross Saidi yang bertugas di Nigeria. Semoga sumbangan ini dapat memberikan manfaat kepada masyarakat setempat khususnya dan kepada ahli-ahli BAKIT amnya, insyaAllah.







 



AKTIVITI 3 :


AKTIVITI     :    CERAMAH MENGENAI KORBAN
TARIKH       :    12-DIS-2007 ( RABU )
MASA          :    1.00 – 1.45 PTG
LOKASI       :    SURAU AL-AMIN, TKT. 19, TM ANNEXE 2

Sempena bulan Zulhijjah, BAKIT KL telah mengadakan satu ceramah qurban. Seramai lebih 50 jemaah telah hadir ke majlis tersebut. Selain dari ceramah, wakil En. Mohamad dari Muslim Aid Asia telah memberikan sedikit penerangan mengenai fungsi Muslim Aid Asia dalam member bantuan kepada umat islam di seluruh dunia yang mengalami kebuluran dan pelbagai program menangani masalah negara-negara islam miskin. Sumbangan dari beberapa jemaah telah diberikan kepada En. Mohamad wakil dari Muslim Aid Asia.






 



AKTIVITI 4 :


AKTIVITI    :    KUTIPAN DERMA MANGSA KEBAKARAN DI GOMBAK, SELANGOR
TARIKH      :   
MASA         :    1.00 – 1.45 PTG

Kebakaran pada 11 Disember 2007 telah menyebabkan 7 buah rumah musnah. Atas dasar keperihatinan AJK, satu derma kilat telah dilancarkan. Hasilnya sejumlah RM 850.00 telah berjaya dikumpul. BAKIT KL telah menyumbang sebanyak RM150.00 menjadikan jumlah keseluruhan ialah RM 1,00.00.

Hasil kutipan telah diserahkan oleh Tn Hj Md Yusof Selamat bagi pihak BAKIT KL dan telah diterima oleh Pn Haraza Abdul Rahman mewakili Jawatankuasa Kebakaran. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban mangsa kebakaran tersebut.


 



 AKTIVITI 5 :


AKTIVITI     :    IBADAH QURBAN 1428H
TARIKH       :    20-DIS-2007 ( KHAMIS  )
LOKASI       :    1- Surau Al-Khairiah, Bandar Baru Sentul, KL
                          2- Surau Al-Hijrah, PPRT Intan Baiduri,
                          Tmn Intan Baiduri, KL  



TM telah menyumbang 2 ekor lembu bagi tujuan ibadah qurban bagi tahun 1428H / 2007M. BAKIT PUSAT dengan kerjasama BAKIT KL telah berjaya mengadakan majlis tersebut bersama dengan J/kuasa di surau-surau berkenaan.

     


7 nama bagi Korban TM 2007 untuk masyarakat Surau Al-Hidayah PPRT Intan Baiduri, Selayang :

1) MOHD SAID @ JANTAN B. HJ.SALLEH    03-61370200   
2) SALEH B. NAYAN                                 
3) LON B. AHMAD                                                  
4) YAHYA B. HJ. AHMAD                                013-3604697
5)  SALIM B. HJ. SALLEH                                013-2345801
6)  YAH BTE MAD SAAD                                  03-61360723
7)   FATIMAH BT. KULUP DALIL

7 nama bagi Korban TM 2007 untuk masyarakat Surau Al-Khairiah ,Flat Sri Perak ,Bandar Baru Sentul KL.

1)   HAFIZUDDIN BIN ABDULLAH          
2)  ISAHAK BIN BAKAR
3)   HASNAH BT ABDULLAH  
4)  ROKIAH BT MAJID
5)   SHAMSIAH BT HIDUP                        
6)  ROSMAHANI MOHD YATIM
7)   HAWA KUNCHI MUHAMMAD


 

 

 


AKTIVITI 6 :


AKTIVITI :    PROGRAM KEMBARA BESERTA KHEMAH IBADAH KE KUALA SEPETANG, PERAK
TARIKH    :    21 HINGGA 23-DIS-2007 ( JUMAAT – AHAD )







BAKIT KL dengan kerjasama Surau Al-Hidayah TM Annexe 2 telah mengadakan ekspedisi kebajikan ke Kuala Sepetang, Perak. Konvoi 4 buah coaster telah disertai oleh seramai 30 orang peserta. Selain dari memberikan sumbangan pertambahan pembinaan surau, peserta didedahkan dengan proses pembuatan arang kayu dan menyusur sungai kayu bakau sambil menikmati pemandangan cahaya kelip-kelip di muara sungai pada malamnya..








AKTIVITI 7 :


AKTIVITI     :    LAWATAN UKHUWAH KE RUMAH HJ. MAT NORDI AWANG
TARIKH    :    25-DIS-2007 ( SELASA )
MASA    :    10.00 PAGI
LOKASI    :    SHAH ALAM, SELANGOR

BAKIT PUSAT Lajnah Kebajikan telah menziarahi anak Hj Nordi  yang telah mengalami penyakit kronik dan terlantar di rumah. Kedatangan kami telah disambut mesra oleh Hj Nordi bersama isteri dan telah dijamu dengan makan tengahari. Semoga keluarga Tn Hj Mat Nordi tabah menerima cubaan ini dan adik adik Muhammad Syafiq Firdaus dapat menjalani kehidupan seperti biasa, InsyaAllah










 

 



AKTIVITI 8 :


AKTIVITI     :    LAWATAN UKHUWAH KE RUMAH EN. IBARAHIM ITHNIN
TARIKH       :    25-DIS-2007 ( SELASA )
MASA          :    2.00 PETANG
LOKASI      :    TAMAN BUKIT MEWAH, KAJANG, SELANGOR

Alhamdulillah , pada 26 Disember 2007 jam 12.30 ptg, AJK BAKIT KL dan BAKIT HELWA membuat ziarah En. Ibarahim dan keluarga nya di Kajang..menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada 5 anaknya serta RM 1,000 dari Kebajikan Bakit Pusat .AJK yang turut serta adalah Hj Abu Hassan ,Hj Md. Yusof Selamat dari BAKIT KL, Dr Faridah Maarof ,Hjh Nor Hairiah Md Top, Pn. Haraza Abd Rahman dan Puan Zaleha Abd Aziz dari BAKIT HELWA. Doa kita semoga En. Ibrahim dan keluarga banyak bersabar dan redha di atas ketetapanNya dan berharap agar pembedahan mata beliau berjaya, insyaAllah.






 

 


 AKTIVITI 9 :



AKTIVITI:    SUMBANGAN BANTUAN EHSAN- BANJIR
TARIKH    :    15-JAN-2008 ( SELASA )
LOKASI    :    SURAU AN-NUR, TM BUKIT MAHKAMAH

YDP BAKIT KL Tuan Haji Abu Hassan Abd Rashid telah menyerahkan wang tunai sebanyak RM 500.00 (Lima ratus sahaja) kepada En. Abdul Mazak bin Yusoh.

Beliau amat terharu serta bersyukur kepada ALLAH dan menyatakan terima kasih di atas sudinya pihak BAKIT KL meringankan sedikit beban ke atas dia sekeluarga. Semoga ALLAH SWT memberikan kesabaran kepada beliau sekeluarga.






 


AKTIVITI 10 :


AKTIVITI     :    LAWATAN ANAK-ANAK ACHEH MANGSA TSUNAMI
TARIKH    :    21-JAN-2008 ( ISNIN )
LOKASI    :    ARAS 7, MENARA TM

BAKIT HELWA telah mengadakan program bagi meraikan seramai 10 orang anak-anak yatim-piatu Acheh mangsa Tsunami pada tahun 2006. Majlis telah dipengerusikan oleh Ustaz Zulkifli Hasim. Datuk Bazlan Osman telah berkenan memberikan sumbangan cenderahati kepada mereka. Selepas jamuan pagi, mereka dibawa melawat menaiki Menara KL dan sekitar KL.

BAKIT HELWA juga mengadakan lawatan ke Banda Acheh pada 7 hingga 10 Februari 2008 bagi melihat secara dekat kesusahan yang dialami oleh mangsa tsunami. Sumbangan berupa wang tunai dan peralatan rumah juga diserahkan pada lawatan tersebut.






 

 


AKTIVITI 11 :


AKTIVITI:    LAWATAN KE RUMAH PN NOORASIAH DAUD, HR SSO
TARIKH    :    31-JAN-2008 ( KHAMIS )
LOKASI    :    JALAN PANTAI DALAM, KL

BAKIT PUSAT dengan kerjasama BAKIT HELWA dan BAKIT KL telah mengadakan lawatan ke rumah Pn Noorasiah Daud,HR SSO. Suami beliau sedang mengidap penyakit Leukemia dan tidak berdaya untuk bekerja. Sumbangan berupa wang tunai dari BAKIT HELWA dan BAKIT KL telah disampaikan kepada keluarga berkenaan. Semoga Pn Norrrasiah Daud tabah dalam menempuh ujian dari Allah SWT.








 AKTIVITI 12 :


AKTIVITI:    LAWATAN KEBAJIKAN KE MEDAN, INDONESIA
TARIKH    :    07-FEB-2008 HINGGA 10-FEB-2008
LOKASI    :    MEDAN, DANAU TOBA, BRASTAGI, PULAU SIMOSIR ,PRAPAT, ISTANA
                       MAIMOON, MASJID RAJA, MADRASAH TAHFIZ.

 



BAKIT KL dengan kerjasama Surau Al-Hidayah TM Annexe 1 telah mengadakan lawatan kebajikan ke Medan Indonesia.Seramai 40 orang ahli BAKIT dari Sabah, Johor, Terengganu, KL dan Selangor termasuk anak dan isteri/suami turut serta dalam program tersebut.

Rombongan singgah di Madrasah Tahfiz Ahsanal-Ulum, Panti Asuhan Anak Anak Yatim “Mameia dan Madrasah Tahfiz di Medan bagi menyampaikan sumbangan wang tunai dari BAKIT KL dan dari para peserta.

Rombongan juga melawat ke beberapa tempat pelancongan yang terkenal seperti Istana Maimoon, bersolat di Masjid Raya, Danau Toba, Pulau Simosir, Prapat dan Brastagi. Peserta berkesempatan menunggang kuda selain dari memetik buah limau sendiri di ladang limau. Peserta juga berpeluang menikmati makan buah durian dan manggis selain dari soalan kuiz, selawat dan dendangan nasyid di dalam bas semasa dalam perjalanan balik ke Medan.

Pengalaman yang amat bermakna bagi setiap peserta dalam mengeratkan ukhuwah di kalangan muslim di serta dunia ini selain menghayati alam ciptaan Allah SWT. Soal-kaji selidik telah diedarkan kepada semua peserta dan keputusannya rata-rata amat puas hati dan bersyukur mengenai lawatan tersebut dan berharap agar BAKIT KL akan meneruskan usaha-usaha murni di masa akan datang.





 

 

 

 



AKTIVITI 13 :


AKTIVITI     :    MAJLIS PERPISAHAN PUAN SAMSIAH MOHD GHAZALI
TARIKH    :    28-FEB-2008 ( KHAMIS )
LOKASI    :    TKT. 9, TM BUKIT MAHKAMAH, JLN RAJA CHULAN, KL

Satu majlis perpisahan Puan Samsiah Mohd Ghazali telah diadakan di atas pertukaran beliau ke Perlis pada 3-Mac-2008. Majlis telah dihadiri oleh YDP, SU dan Naib SU, En. Mahmud Jaafar, Pn. Sida Kamis dan Pn Darulhana Hashim juga dari HR dan Naib Pengerusi Kelab TM KL. Seramai lebih dari 20 ahli BAKIT KL telah hadir di majlis tersebut. YDP telah menyerahkan cenderahati dari BAKIT KL kepada Puan Samsiah. Semoga beliau akan terus memberikan khidmat bakti kepada BAKIT KEDAH / PERLIS dan ikatan ukhuwah diantara AJK BAKIT KL dan beliau akan berkekalan selamanya.

 

 


AKTIVITI 14 :


AKTIVITI:    TAKZIAH BUAT KELUARGA AMRI DIN
TARIKH    :    06-MAC-2008 ( KHAMIS )
LOKASI    :    KOTA DAMANSARA, SELANGOR

Anak kepada Amri Din (AJK BAKIT Selangor) telah kembali ke Rahmatullah malam pada 05 Mac 2008 di Hospital Selayang. Jenazah Allahyarham Mohd Yusof, 16 tahun, telah selamat di kebumikan pada pagi 06 Mac 2008 di Kota Damansara. Arwah mengidap penyakit jantung dan buah pinggang dan telah koma selama seminggu di ICU.

Hj. Md Yusof Selamat selaku wakil dari BAKIT KL beserta dengan beberapa anggota di Bukit Mahkamah telah menziarahi En. Amri Din di tanah perkuburan tersebut.

Diharap agar En. Amri Din tabah dan redha di atas pemergian anak lelaki yang amat disayangi.
Semoga roh Allahyarham di tempatkan bersama-sama mereka yang beriman.
Amin, Ya Rabbal Alamin


AKTIVITI 15 :


AKTIVITI:    LAWATAN KE RUMAH PN MISRIYAH SULAIMAN
TARIKH    :    16-MAC-2008 ( AHAD )
LOKASI    :    TAMAN BUKIT INDAH, AMPANG, SELANGOR

BAKIT KL dengan kerjasama BAKIT HELWA telah mengadakan lawatan ke rumah Pn Misriyah di Ampang, Selangor. Seramai 15 peserta dengan 5 buah kenderaan telah bersama-sama menjayakan lawatan tersebut.
Untuk makluman, anak perempuan beliau yang berumur 16 tahun mengidap kanser tulang dan telah beberapa kali membuat rawatan kimoterapi. Pada masa ini, Pn Misriyah bercuti tanpa gaji selama 6 bulan bagi menjaga anak perempuan beliau. Doa kita semua agar beliau dan anak beliau sabar dan tabah menghadapi ujian dari Allah SWT.





 

 

 


 AKTIVITI 16 :


AKTIVITI:    SAMBUTAN MAULIDUR-RASUL SAW TAHUN 1429H/2008M
TARIKH    :    20-MAC-2008 ( RABU )
LOKASI    :    STADIUM PUTRA BUKIT JALIL

Unit agama HR SSO dgn kerjasama BAKIT PUSAT telah menganjurkan sambutan Maulidur-Rasul bagi tahun 1429H/2008M.

AJK BAKIT KL telah mengambil bahagian dalam kontinjen seramai 100 orang peserta yang terdiri dari anggota-anggota TM dan Celcom. BAKIT KL telah diwakili oleh YDP, Hj Abu Hassan Abd. Rashid, Bendahari, Pen SU dan Hj. Md Yusof Selamat.

TM telah berjaya menjadi johan dalam perbarisan kategori swasta 5 tahun berturut-turut. Syabas kepada semua kontinjen dan diharap dapat menjadi johan lagi tahun hadapan!!!.




 

 

 


AKTIVITI 17 :


AKTIVITI:    FORUM PERDANA SEMPENA MAULIDUR-RASUL 1429H/2008
TARIKH    :    24-MAC-2008 ISNIN )
LOKASI    :    TKT. 3, BILIK MESYUARAT RAJAWALI, TM BKT MAHKAMAH

 


Badan Kebajikan Islam TM (BAKIT) Kuala Lumpur dengan kerjasama Kelab TM Kuala Lumpur telah menganjurkan Forum Perdana Ehwal Islam sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW bagi tahun 1429H/2008M pada hari isnin (24 Mac 2008) yang lalu bertempat di tingkat 3, BIlik Mesyuarat Rajawali, TM Bukit Mahkamah, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Ahli Panel yang telah dijemput khas bagi menjayakan Forum Perdana ini adalah YBhg. Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid dan YBhg. Ustazah Siti Norbahyah Mahmood dan Forum Perdana ini telah dipengerusikan oleh En. Hamzah Tambi dengan
tajuk : “ Kehangatan Rumahtangga “. Majlis Forum Perdana ini diserikan dengan bacaan doa ,selawat dan sesi soal-jawab. Turut hadir bagi menyerikan Forum Perdana ini ialah Puan Hamidah Mahmud, Pengurus Besar TM Retail Kuala Lumpur merangkap Presiden Kelab TM Kuala Lumpur. Kehadiran adalah dianggarkan berjumlah lebih dari 200 orang peserta.
 



 




No comments:

Post a Comment